Ular sawa tumpas

Ular sawa tumpas

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Kemunculan ular sawa berukuran lebih dua meter, menggemparkan orang ramai yang melalui kawasan lapang berhampiran jalan raya di Gadong hari ini.

Ular itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh dua orang lelaki yang kebetulan berada di tempat itu.

Salah seorang pemandu, Awang Mohammad yang ditemui di tempat kejadian menceritakan bahawa beliau yang sedang memandu melepasi kawasan itu jam 9:30 pagi, menyedari sekumpulan orang berkumpul di kawasan itu.

Beliau yang ingin tahu perkara sebenar, terus menjenguk apa yang berlaku dan mendapati beberapa orang cuba menangkap ular sawa yang muncul itu namun ia melarikan diri dan bersembunyi dalam lubang berhampiran.

Gambar yang sempat diambil oleh Awang Mohammad menunjukkan ular sawa akhirnya berjaya ditangkap seorang lelaki berhampiran jalan raya di Gadong, kelmarin.
Gambar yang sempat diambil oleh Awang Mohammad menunjukkan ular sawa akhirnya berjaya ditangkap seorang lelaki berhampiran jalan raya di Gadong, kelmarin.

Seorang lelaki berjaya memegang ekornya dan cuba menarik ular itu keluar dari lubang namun tidak berjaya sehinggalah datang seorang lelaki lagi yang agak berpengalaman menangkap ular dan berjaya mengeluarkan ular itu dan memasukkannya ke dalam guni.

Ia kemudian dibawa pergi dari tempat itu oleh seorang lelaki warga asing.

ARTIKEL YANG SAMA