Ultraman hiburkan Pusat Ehsan

Ultraman hiburkan Pusat Ehsan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Kemunculan dua watak wira Jepun, Ultraman dan Ultraman Zero telah menceriakan para pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, di Kampung Bengkurong, hari ini.

Dalam sesi perjumpaan dan bergambar itu, 10 orang pelajar bertuah turut menerima hadiah sagu hati berupa patung Ultraman.

Pengurus Operasi Human Capacity Building (HCB) Consultancy Service, Ang Swee Meng, ketika ditemui berkata, tujuan kedatangan Ultraman ke pusat tersebut adalah untuk memberikan aura yang positif serta menghiburkan warga pusat berkenaan.

Menurut beliau lagi, di samping Pusat Ehsan dua watak wira Ultraman berkenaan turut mengunjungi Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) di Kampung Kiulap pada sebelah petang hari ini, dan nanti akan ke Pusat Bahagia di Kampung Pulaie.

HCB Consultancy Service merupakan syarikat yang akan menganjurkan acara ‘Ultraman Live in Brunei 2016’ pada 18 hingga 28 Mac ini di Amfiteater Taman Permainan Jerudong. Untuk maklumat selanjutnya, orang ramai bolehlah mengikuti akaun ‘Ultraman Live in Brunei 2016’ di laman Facebook.

Warga dan para pelajar Pusat Ehsan bergambar ramai bersama dua watak wira Jepun.
Warga dan para pelajar Pusat Ehsan bergambar ramai bersama dua watak wira Jepun.
Kelihatan pelajar-pelajar istimewa sangat gembira dengan penampilan Ultraman di pusat berkenaan.
Kelihatan pelajar-pelajar istimewa sangat gembira dengan penampilan Ultraman di pusat berkenaan.
Salah seorang pelajar istimewa yang menerima hadiah berupa patung Ultraman.
Salah seorang pelajar istimewa yang menerima hadiah berupa patung Ultraman.

ARTIKEL YANG SAMA