Ultraman meriahkan hari terakhir persekolahan ISB

Ultraman meriahkan hari terakhir persekolahan ISB

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Hari terakhir penggal persekolahan pertama di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), semalam, telah dimeriahkan dengan kehadiran wira dari Jepun, Ultraman, sebagai sebahagian daripada promosi persembahan akan datang.

Beratus-ratus orang murid berusia dari lima hingga 12 tahun teruja mengalu-alukan kemunculan Ultraman dari perpustakaan sekolah dengan sorakan dan teriakan.

pg01_160319_a

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut berkenan bergambar bersama Ultraman. Jelajah itu turut menyaksikan Ultraman mengunjungi bahagian-bahagian pra dan murid-murid Tahun 2 dengan diekori oleh peminat-peminat cilik dari seluruh sekolah rendah.

Sebelum meninggalkan sekolah itu, lebih 200 keping tiket percuma bagi persembahan akan datang diberikan kepada para pelajar dan guru-guru ISB serta kupon-kupon diskaun untuk menghadirinya.

ARTIKEL YANG SAMA