Umat Islam ASEAN satukan ummah untuk bersuara

Umat Islam ASEAN satukan ummah untuk bersuara

PUTRAJAYA, 7 Dis – Memandangkan ada lebih 240 juta umat Islam di ASEAN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rantau ini perlu menjadi himpunan ummah yang bersatu padu di Asia Tenggara dan bersuara kepada dunia mengenai konsep kesederhanaan dan toleransi dalam Islam.

Dalam waktu kelam ketika ini, beliau berkata, mesej bahawa Islam adalah agama keamanan, keadilan dan inklusif perlu disebarluaskan.

“Kita berada dalam keadaan unik untuk berbuat demikian,” kata beliau pada pelancaran Festival Masjid ASEAN (AMF) di sini hari ini. Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki.

Najib menegaskan” “Itu adalah pengkisahan Islam di rantau ini. Ia adalah sesuatu yang kita harus ulangi untuk diri kita sendiri dan kepada orang lain, supaya mereka tidak terpengaruh dengan kepalsuan perjuangan pengganas yang mencemarkan nama Islam dan membawa kematian dan kemusnahan kepada begitu ramai orang.

Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Pengerusi Festival Masjid ASEAN, Dr Mohamad Nawar Arifin melihat gambar cenderahati masjid sebelum majlis makan tengah hari sempena pelancaran festival itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. - Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Pengerusi Festival Masjid ASEAN, Dr Mohamad Nawar Arifin melihat gambar cenderahati masjid sebelum majlis makan tengah hari sempena pelancaran festival itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. – Bernama

“Ia satu pengkisahan yang kita mesti aktifkan semula dengan mempelajari semula sejarah kita, berkisar kepada tradisi unik yang dibangunkan di rantau kita di dunia ini, dan masih dibangunkan pada masa ini.”’

“Terdapat peluang untuk meneroka dan untuk belajar, dan kami harap ia akan mewujudkan pemahaman yang mendalam dan memupuk keamanan dan kewujudan bersama. Akan ada peluang untuk mencabar, dan untuk bertanya beberapa soalan yang sukar,” katanya.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Najib berkata, Malaysia gembira untuk melancarkan satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkasa nilai-nilai transformasi masjid dan beliau yakin AMF akan membawa manfaat dan perbezaan yang besar untuk kebaikan masyarakat. – Bernama