Umat Islam perlu tapis prasangka buruk – Salleh

Umat Islam perlu tapis prasangka buruk – Salleh

KOTA BELUD, 29 Dis – Umat Islam perlu menapis pandangan yang disebarkan oleh pihak yang menyimpan prasangka buruk terhadap orang lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (bawah).

Beliau berkata bukan semua pandangan yang disebarkan di internet, majalah dan laman sosial adalah benar dan sebagai umat Islam, berita yang membahaskan keaiban orang lain dan membahayakan pemikiran tidak patut didengari. Katanya Islam dengan jelas telah menyuruh umat agar sentiasa berfikiran baik dan menjauhi buruk sangka terhadap orang lain.

“Kita hidup dalam zaman yang banyak terjadi fitnah, hasad dengki, mahukan kedudukan dan bohong. – Bernama

pg11_151230_b