‘Umbrella Soldier’ menang kerusi pilihan raya tempatan

‘Umbrella Soldier’ menang kerusi pilihan raya tempatan

HONG KONG, 23 Nov (Reuters) – Pergerakan pro demokrasi Hong Kong merai perangsang hari ini dengan kira-kira lapan orang calon terlibat dalam bantahan yang melumpuhkan tahun lalu, menang dalam pilihan raya peringkat daerah, sementara beberapa orang veteran dari politik kedua belah yang tidak sepakat meraih kekalahan.

Pemilihan pergerakan yang digelar Umbrella Soldier (Tentera Payung) – yang namanya itu adalah sempena tunjuk perasaan 2014 yang mana aktivis–aktivis menggunakan payung untuk melindungi diri mereka dari gas pemedih mata dan semburan lada sulah memperlihatkan sokongan berterusan bagi perubahan politik di bandar yang diperintah China.

“Askar payung terjun adalah pasukan baru,” kata James Sung, seorang penganalisis politik di Universiti City Hong Kong, merujuk kepada calon-calon yang mendapat inspirasi dari pergerakan Umbrella. “Askar payung terjun adalah kuasa baru, cabaran kepada kerajaan dan pihak berkuasa pusat di Beijing.”

Keputusan pengundian yang menyaksikan kira-kira 900 orang calon bagi 431 kerusi majlis daerah yang mana parti-parti pro Beijing pada masa ini memegang majoriti, telah diumumkan hari ini.

“Hasrat terbesar saya pada masa ini ialah untuk berkhidmat baik kepada masyarakat,” kata Wong Chiken, 38 tahun yang terlibat dalam bantahan dan dirujuk dalam media tempatan Umbrella Soldier.

Ahli kumpulan Umbrella Soldier memenangi pilihan raya tempatan. - Reuters
Ahli kumpulan Umbrella Soldier memenangi pilihan raya tempatan. – Reuters

Pemilihan calon, yang terlibat dalam bantahan kini meletakkan mereka dalam tumpuan politik sah, berbeza dengan bagaimana mereka dilihat oleh beberapa pihak ketika tunjuk perasaan, yang dianggap tidak sah oleh kerajaan pusat di Beijing.

Anggota majlis daerah memegang sedikit kuasa, bertindak lebih dalam peranan penasihat yang mana mereka boleh meneruskan dasar, terutamanya kepentingan akar umbi, bagi kerajaan di bandar yang dikawal China, untuk dipertimbangkan.

Tetapi keputusan pengundian mungkin memberikan wawasan tentang bagaimana hasilnya pemilihan bagi Majlis Perundangan yang berpengaruh di bandar itu yang dijangkakan tahun depan, dan pengundian kepimpinan berkontroversi pada tahun 2017.

Kira-kira 40 orang calon yang menyertai bantahan demokrasi atau yang mendapati inspirasi daripada mereka, bertanding dalam pilihan raya, lapor media tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA