Umtiti bakal beraksi di Barca

Umtiti bakal beraksi di Barca

BARCELONA, 1 Julai (AFP) – Barcelona telah setuju untuk membayar 25 juta pound (AS$33 juta) kepada Lyon untuk mendapatkan khidmat pertahanan Perancis Samuel Umtiti, umum gergasi Sepanyol itu, hari ini.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, berkata: “Barca sudah mencapai persetujuan dengan Lyon untuk menandatanganinya, tetapi masih perlu menjalankan rundingan dengan pemain terbabit.”

Pemain kelahiran Cameroon berusia 22 tahun itu ketika ini sedang beraksi buat Perancis di Euro 2016 dan hampir pasti membuat penampilan pertama dalam pertemuan suku akhir menentang Iceland, awal pagi Isnin ini selepas Adil Rami dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan.

Walaupun masih kekurangan pengalaman di peringkat tertinggi, ketenangan Umtiti dan kemampuan teknikal serta hantarannya menyebabkan jangkaan tinggi diletakkan kepadanya untuk menjadi pemain pertahanan terbilang selepas ini.

Samuel Umtiti (tengah) yang kini masih dalam aksi bersama Perancis di saingan Euro 2016. – AP
Samuel Umtiti (tengah) yang kini masih dalam aksi bersama Perancis di saingan Euro 2016. – AP