Umum Menteri Minyak dan Perlombongan baru

Umum Menteri Minyak dan Perlombongan baru

CARACAS, 19 Ogos – Presiden Venezuela Nicolas Maduro semalam mengumumkan ketua gergasi minyak negara PDVSA akan mengambil alih sebagai Menteri Minyak dan Perlombongan negara tersebut.

“Saya memutuskan untuk menamakan Eulogio del Pino sebagai Menteri Minyak dan Perlombongan,” menurut Maduro dalam ucapannya melalui televisyen milik negara.

Del Pino, yang menerajui PDVSA sejak September 2014, bukan yang pertama memegang jawatan dua kementerian di negara yang menjadi anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berkenaan.

Jawatan tersebut sebelum ini dipegang oleh Rafael Ramirez sejak sedekad lepas sehinggalah baru-baru ini dilantik sebagai menteri luar dan kemudian Duta ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam ucapannya, Maduro menyuarakan keprihatinan mengenai penurunan harga minyak mentah yang berterusan, yang berakhir pada minggu lepas pada AS$41.40 setong dan menyusut 27 peratus sejak awal Jun.

Eulogio del Pino yang dilantik sebagai Menteri Minyak dan Perlombongan baru Venezuela. – Reuters
Eulogio del Pino yang dilantik sebagai Menteri Minyak dan Perlombongan baru Venezuela. – Reuters

Venezuela mengimport majoriti barangan asas dengan wang hasil minyak, yang merupakan 96 peratus mata wang asingnya.

Bagaimanapun nilai tunainya semakin merosot berikutan penurunan harga minyak mentah sebanyak lebih 50 peratus sejak pertengahan 2014. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA