Unai Emery bos baru PSG

Unai Emery bos baru PSG

PARIS, 29 Jun (AFP) – Paris Saint-Germain semalam menamakan Unai Emery dari Sepanyol sebagai jurulatih baru mereka dengan kontrak dua tahun.

Emery, 44, mengambil alih dari Laurent Blanc, yang meninggalkan peranannya bersama gergasi Perancis yang disokong Qatar Isnin lalu dan kontraknya melibatkan pilihan bagi musim tambahan.

Emery telah menamatkan kontraknya bersama Sevilla awal bulan ini, setelah membimbing pasukan dari Sepanyol itu bagi tiga gelaran Liga Europa berturut-turut. “Ia satu kebanggaan yang saya persetujui untuk menjadi jurulatih Paris Saint-Germain,” kata Emery.

“Kelab itu menjadi salah sebuah kelab terbesar di Eropah sejak beberapa musim dan saya gembira dan merasa dihormati untuk mampu membantu mencapat cita-cita hebat mereka. Saya gembira bertemu dengan pemain baru begitu juga dengan orang ramai yang bekerja keras setiap hari bagi membantu pertumbuhan kelab.

“Saya tahu perasaan besar yang wujud di persekitaran Paris Saint-Germain dan saya akan memberikan yang terbaik bagi memastikan berjuta-juta peminatnya merasa gembira.”

Unai Emery akan mengemudikan PSG dengan perjanjian kontrak dua tahun. – AFP
Unai Emery akan mengemudikan PSG dengan perjanjian kontrak dua tahun. – AFP

Pemilik kelab Nasser al-Khelaifi dari Qatar menambah: “Saya merasa gembira untuk mengalu-alukan Unai Emery sebagai jurulatih baru Paris Saint-Germain.

“Unai akan membawa semua pengalamannya, keterujaan dan kemahiran pengurusan kuat dan kualitinya ke dalam pasukan. Dia membuktikan bakat untuk bersama pasukan. Saya yakin peminat kami akan menyukai gaya bola sepak pasukan kami bersama Unai.”

Emery, bekas midfield Real Sociedad, menjadi jurulatih pada 2004 dan membimbing Valencia dari 2008-12 sebelum mengambil alih tugasan membimbing Sevilla pada 2013 dan membawa kelab Andalusia itu kepada tiga gelaran Liga Europa berturut-turut.

PSG mengesahkan bahawa Emery akan ‘memainkan peranan aktif dalam pengambilan pemain kelab itu yang akan melancarkan kitaran hasrat baru Paris Saint-Germain, lima tahun selepas ketibaan Qatar Sports Investments.”

ARTIKEL YANG SAMA