Undang-undang AS lanjut hukuman penjara seumur hidup

Undang-undang AS lanjut hukuman penjara seumur hidup

WASHINGTON, 26 Jan – Mahkamah Tinggi AS semalam melanjutkan tegahannya ke atas hukuman mandatori penjara seumur hidup tanpa parol bagi banduan-banduan yang disabitkan dengan kesalahan membunuh yang dilakukan sebelum usia 18 tahun, dengan mengatakan malah mereka yang dipenjarakan beberapa tahun lalu seharusnya berpeluang untuk mengemukakan alasan bagi pembebasan mereka.

Mahkamah, dalam perintah 6-3, memihak banduan Louisiana, Henry Montgomery, yang disabitkan dengan kesalahan dalam penembakan maut 1963 seorang penolong syerif pada usia 17 tahun dan telah meringkuk di penjara lebih setengah abad dengan hukuman penjara automatik tanpa kemungkinan parol.

Dalam tahun 2012 mahkamah telah memerintahkan bahawa hukuman penjara mandatori seumur hidup tanpa parol dalam kes homisid melibatkan pembunuh-pembunuh juvenil yang menyalahi tegahan perlembagaan AS ke atas hukuman kejam dan luar biasa. Para hakim, dalam perintah mereka hari ini, berkata keputusan mesti digunakan secara retroaktif kepada para banduan yang disabitkan kesalahan sebelum perintah itu dikeluarkan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA