Undang-undang baru kawal MERS

Undang-undang baru kawal MERS

SEOUL, 26 Jun (AFP) – Korea Selatan telah memperkenalkan satu undang-undang baru bertujuan mengawal wabak MERS, memperketat sekatan kuarantin dan mengenakan hukuman penjara ke atas mereka yang tidak menghiraukan langkah anti-jangkitan dalam satu krisis yang telah membunuh 31 orang.

Di bawah undang-undang baru, diluluskan di Parlimen lewat semalam, orang yang dijangkiti dengan virus yang berbohong kepada penyiasat negeri mengenai cara mereka dijangkiti penyakit tersebut akan menghadapi denda atau hukuman penjara.

“Keterangan palsu akan membabitkan hukuman penjara dua tahun atau denda 20 juta won,” kata undang-undang baru itu, yang mengganti denda yang boleh dikenakan kepada sesiapa yang tidak memberitahu kebenaran di bawah undang-undang sebelumnya. “Orang yang ditemu duga sekarang rasa terdesak untuk memberikan jawapan jujur.”

Undang-undang baru itu juga memperkukuh kuasa pegawai untuk membatas pergerakan orang yang dijangkiti dan menutup pusat yang tercemar, dengan pesalah yang enggan mematuhi arahan mereka juga menghadapi hukuman penjara dua tahun atau denda berjumlah $18,000.

Para penumpang pesawat memakai topeng muka bertujuan mencegah jangkitan virus MERS ketika berjalan menuju ke kamera pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Incheon, Korea Selatan. – AFP
Para penumpang pesawat memakai topeng muka bertujuan mencegah jangkitan virus MERS ketika berjalan menuju ke kamera pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Incheon, Korea Selatan. – AFP

Jumlah pekerja kesihatan negeri yang bertanggungjawab mencegah wabak dan mengesan mereka juga bertambah dua kali ganda kepada lebih 60 orang.

Undang-undang itu keluar tatkala kerajaan Korea Selatan menghadapi kritikan kerana gagal menghentikan wabak MERS, yang kini menjadi yang terbesar di luar Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA