Undang-undang percukaian dipertikaikan

Undang-undang percukaian dipertikaikan

NEW DELHI, 3 Jan (Agensi) – Undang-undang percukaian retrospektif telah menjejas negara kerana ia menakutkan pelabur, kata Menteri Kewangan Arun Jaitley dan menekankan keperluan untuk mengekalkan standard keadilan dalam percukaian.

Menyampaikan ucapan pada pegawai pelatih Perkhidmatan Hasil India, Jaitley berkata cukai yang boleh direalisasi perlu dikutip, tetapi cukai yang tidak dapat direalisasi, tidak harus dikutip.

“Jika anda bertanya saya 4-5 tahun kemudian, Akta Cukai Pendapatan, adakah peruntukan cukai retrospektif membantu India atau adakah mereka menjejas India? Jawapan saya adalah amat jelas, mereka menjejas India disebabkan pada akhirnya kami gagal mengutip cukai berkenaan dan kami menakutkan pelabur,” kata beliau.

Beliau merujuk kepada undang-undang percukaian retrospektif yang diperkenalkan oleh kerajaan UPA sebelum ini.

Jaitley berkata pelabur mahu kestabilan dan keadaan yang boleh diramalkan dan mereka tidak mahu dikenakan kejutan yang menjejas perancangan perniagaan dan “dengan itu adalah penting bahawa standard keadilan dalam percukaian dikekalkan.”

Di bawah undang-undang percukaian, jika satu cukai boleh dibayar, ia boleh dibayar, kata beliau, sementara menambah “tidak adanya kekecualian dia adalah seorang lelaki tua, dia seorang balu. Seseorang tidak mampu membayar, mereka bukannya pertimbangan dalam undang-undang percukaian.”

Jaitley berkata undang-undang ada kalanya mungkin membabitkan cukai yang tidak dapat dibayar dan ia mungkin mengakibat kerugian dalam hasil pendapatan.

ARTIKEL YANG SAMA