Undang-undang perkahwinan baru dipinda

Undang-undang perkahwinan baru dipinda

KUCHING, 13 Ogos – Pindaan kepada Akta Membaharui Undang-undang(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sedang dirangka oleh Jabatan Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata pindaan itu bertujuan menyelaraskan undang-undang sivil dan Syariah serta melindungi kebajikan bekas isteri dan anak mereka.

“Undang-undang Syariah akan diberi pertimbangan dalam draf pindaan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Pekerja-pekerja Telekom Sarawak kali ke-10 di sini hari ini.

Majlis Peguam Malaysia mencadangkan pindaan itu kepada kerajaan, bertujuan menghalang pertukaran agama satu pihak membabitkan bawah umur. – Bernama