Undang-undang Venezuela cetus pertikaian

Undang-undang Venezuela cetus pertikaian

CARACAS, 30 Mac – Badan perundangan yang diterajui pembangkang Venezuela hari ini meluluskan rang undang-undang pengampunan untuk banduan politik.

Keputusan itu sekali gus mencetuskan pertikaian politik dengan Presiden sosialis Nicolas Maduro, yang menentang langkah itu.

Speaker Dewan Negara, Henry Ramos Allup, berkata langkah itu diluluskan selepas pusingan kedua perdebatan, menyebabkan ahli parlimen pembangkang terus melaungkan slogan “Kebebasan!” walaupun penggubal undang-undang minoriti parti presiden menyuarakan rasa kurang senang.

“Rang undang-undang ini bertujuan untuk meletakkan asas-asas perpaduan rakyat,” kata ahli parlimen Delsa Solorzano, yang menaja undang-undang berkenaan.

“Langkah ini menuntut pembebasan sekitar 76 tahanan politik, dan ratusan ahli politik dianiaya dan dibuang kerana menentang kerajaan berhaluan kiri yang berkuasa sejak 17 tahun lalu,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA