Undian jawatankuasa tertinggi PGGMB 2016-2019 22 Mei

Undian jawatankuasa tertinggi PGGMB 2016-2019 22 Mei

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) bakal memilih ahli-ahli jawatankuasa tertingginya bagi sesi 2016-2019 menerusi pengundian yang akan diadakan pada 22 Mei 2016.

Perkara ini diumumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) ke-66, 2015-2016, yang diadakan hari ini di Ibu Pejabat PGGMB, Bandar Seri Begawan, yang dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Antin bin Ahad.

Menurut kenyataan PGGMB, secara tradisi, hanya lima jawatan dipertandingkan dalam pemilihan umum ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB iaitu Yang Di-Pertua, Timbalan Yang Di-Pertua, Pengerusi Tetap, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan.

Tahun ini, dianggarkan seramai 1,600 orang ahli layak untuk membuang undi.

Antara yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Antara yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Sehubungan itu, ahli-ahli digesa untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membuang undi pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan, yang akan dijalankan secara se-rentak di keempat-empat daerah, bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

Tempat-tempat pembuangan undi akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke Lembaga Pemilihan PGGMB melalui setiausaha cawangan (SUCA) di kawasan dan daerah masing-masing.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam MAP Ke-66, 2015-2016, yang akan diadakan pada 29 Mei 2016, bertempat di Dewan Sekolah PGGMB, Kampung Sungai Akar.

ARTIKEL YANG SAMA