Undian pelanggan Kia bakal ke Korea sudah dipilih

Undian pelanggan Kia bakal ke Korea sudah dipilih

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN,19 Ogos – Seramai 20 pelanggan yang menyertai kempen Program Kesetiaan Pelanggan Kia telah dipilih dalam sesi cabutan awal yang memasuki pusingan akhir cabutan bertuah pada 21 Ogos nanti.

Kempen program berkenaan yang berlangsung sejak 1 hingga 15 Ogos bagi pelanggan yang menyelenggarakan kenderaan Kia mereka di Pusat Servis Kia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Menurut Pengedar Rasmi Kenderaan Kia Brunei Darussalam, pada sesi akhir undian daripada 20 orang itu hanya dua pelanggan bertuah yang akan terpilih dan berpeluang memenangi hadiah berupa tiket percutian ke Seoul, Korea Selatan selama lima hari empat malam.

Hadir untuk membuat cabutan undian sesi awal ialah Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Autotools, Krit Smuthkochorn.

Krit Smuthkochorn ketika mencabut undian bagi memilih 20 pelanggan.
Krit Smuthkochorn ketika mencabut undian bagi memilih 20 pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA