Undian Uganda terpaksa dibuka buat hari kedua

Undian Uganda terpaksa dibuka buat hari kedua

KAMPALA, 19 Feb – Berbelas-belas stesen mengundi di Uganda terpaksa dibuka pada hari kedua hari ini selepas penghantaran lambat kotak undi dan kertas undi yang menghalang ramai orang dari membuang undi mereka.

Presiden Yoweri Museveni, 71 tahun dijangka menang bagi pemilihan semula, bagi penggal kelima sebagai presiden dan melanjutkan kepimpinan 30 tahun beliau di negara Afrika Timur itu.

Di bandar Kampala, pilihan raya semalam diganggu oleh ketibaan lewat bahan pengundian, tunjuk perasaan berang oleh pengundi-pengundi yang kecewa, polis menggunakan gas pemedih mata dan menahan sekejap calon pembangkang.

Sejumlah 36 stesen mengundi di bandar itu dan daerah sekitar, iaitu Daerah Wakiso dijangka dibuka pada pagi ini.

Undian dibuka buat hari kedua selepas undian hari pertama bermula lewat dari yang ditetapkan. – AFP
Undian dibuka buat hari kedua selepas undian hari pertama bermula lewat dari yang ditetapkan. – AFP

Pengundian di 28,000 lagi stesen mengundi berjalan lancar dan penghitungan telah pun bermula.

Keputusan awal dijangkakan seawal-awalnya tengah hari Ahad dengan calon presiden yang mendahului memerlukan lebih 50 peratus undi untuk mengelak pusingan kedua.

Seorang pengundi muda, iaitu seorang pelajar yang terperangkap dalam kekacauan semalam dan hanya mendedahkan namanya sebagai Ronnie berkata dia tiba awal dan yakin dia akan dapat membuang undi akhirnya.