UNESCO luluskan cadangan PBB lindungi tapak warisan

UNESCO luluskan cadangan PBB lindungi tapak warisan

ROM, 18 Okt – Itali semalam berkata UNESCO telah meluluskan cadangannya supaya Blue Helmet PBB melindungi tapak warisan di seluruh dunia dari serangan militan-militan.

“UNESCO telah mengatakan ‘ya’ kepada Cultural Blue Helmets,” Menteri Kebudayaan Dario Franceschini berkata dalam satu kenyataan, menambah bahawa 53 buah negara mengundi dalam memihak, selepas pemusnahan tapak-tapak termasuklah Palmyra di Syria oleh kumpulan Kerajaan Islam (IS).

“Berdepan dengan serangan pengganas IS dan imej teruk Palmyra, masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri dan memerhati,” ujarnya sambil menambah anggota tetap majlis keselamatan telah menyokong idea itu.

Pasukan pengaman PBB terkenal dengan ciri tersendiri mereka dan mendapat kelebihan dari kepakaran mereka tentang pengawasan warisan dan budaya Itali, “yang melancarkan misi latihan di seluruh dunia,” ujarnya.

Idea itu dimaksudkan di ‘tapak-tapak penting yang berisiko dari serangan pengganas, atau zon perang atau zon-zon yang dilanda bencana alam, yang mana masyarakat antarabangsa akan dapat menghantar Cultural Blue Helmets untuk melindunginya atau mempertahankan-nya sebelum ia dimusnahkan.”

Tapak warisan UNESCO di bandar lama Palmyra telah menjadi sasaran pemusnahan oleh kumpulan IS. - Reuters
Tapak warisan UNESCO di bandar lama Palmyra telah menjadi sasaran pemusnahan oleh kumpulan IS. – Reuters

Franceshini menggesa supaya PBB “segera mentakrifkan aspek-aspek operasi pasukan khas antarabangsa ini.”

IS telah merampas kawalan ke atas Palmyra pada Mei lalu dan telah merealisasikan kebimbangan antarabangsa dengan memusnahkan beberapa tapak paling berharga di bandar lama yang tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO.

Para militan telah melancarkan kempen pemusnahan ke atas tapak-tapak warisan di kawasan di bawah kawalan mereka di Syria dan Iraq, termasuklah tapak-tapak penting Iraq, Hatra, Nimrud dan Khorsabad, bandar lama Assyria.

Para militan Islam juga dituduh dalang di sebalik serangan ke atas sepuluh buah monumen agama dan bersejarah di badar Warisan Dunia UNESCO, Timbuktu di Mali. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA