UNICEF: 11 maut disyaki dijangkiti kolera

UNICEF: 11 maut disyaki dijangkiti kolera

JUBA, Selatan Sudan, 19 Julai – UNICEF berkata 11 orang maut dalam satu letusan kolera yang disyaki berlaku di Selatan Sudan.

Organisasi itu berkata hari ini bahawa terdapat 72 kes yang disyaki sejauh ini, termasuk 36 orang di bandar Juba. Yang lain di wilayah Bor dan Terekeka.

Kementerian kesihatan Selatan Sudan tidak mengumumkan penularan itu kerana sampel-sampel yang diambil masih lagi menjalani ujian makmal terakhir bagi mengesahkannya, namun pelan tindakan kolera telah dilancar, jata pegawai kementerian Dr. Thomas Akim Ujjiga.

Kementerian mengeluarkan amaran pada Ahad selepas kes yang disyaki itu bermula pada Jumaat di Hospital Juba Teaching.

Satu kes yang disyaki muncul daripada dalaman pangkalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Juba, menimbulkan kebimbangan ia boleh merebak kepada kalangan 4,000 orang yang berlindung di sana dari pertempuran bulan ini antara puak tentera yang menentang, kata jurucakap bagi Organisasi Penghijrah Antarabangsa, Ashley McLaughlin, yang menguruskan kem tersebut. – AP