UNICEF: $500 juta untuk Iraq

UNICEF: $500 juta untuk Iraq

PARIS, 1 Jun (AFP) – Pertubuhan kemanusiaan bersiap sedia untuk melancarkan rayuan pengutipan dana bagi $500 juta bagi krisis yang diwujudkan oleh kumpulan Kerajaan Islam di Iraq, menurut UNICEF, agensi kanak-kanak PBB hari ini.

Pengumuman itu dibuat sehari sebelum pertemuan di Paris, para negara bersekutu yang diketuai AS yang berusaha menumpaskan kumpulan pejuang jihad di Iraq dan Syria.

“Situasi kemanusiaan di Iraq hampir kepada bencana! Kami dengan segera memerlukan sumber tambahan untuk meneruskan bantuan,” Philippe Heffinck, wakil UNICEF di Iraq berkata dalam satu kenyataan di Perancis.

Menurut agensi PBB, lapan juta rakyat Iraq dengan segera memerlukan bantuan kemanusiaan, terutamanya kira-kira tiga juta orang yang terpaksa lari meninggal rumah mereka sejak permulaan serangan IS dalam bulan Jun 2014.

Bagaimanapun kaedah telah dijejaskan oleh pertempuran dan ketiadaan pembiayaan kini malah mengancam bantuan kemanusiaan, menurut UNICEF.

Ekorannya, kesemua pertubuhan yang pada masa ini aktif di Iraq akan berada di Brussels pada hari Khamis melancarkan ‘rayuan pengutipan dana bagi hampir $500 juta untuk meliputi operasi bantuan bagi tempoh enam bulan akan datang,” tambah agensi itu lagi.

Pasukan bersekutu yang terdiri daripada kira-kira 60 buah negara, yang diketuai AS telah dibentuk tahun lalu selepas IS mengamuk di seluruh Iraq dan Syria, merampas wilayah penting yang diisytiharkannya pemerintahan khalifah.

Para menteri dari Turki, Arab Saudi, Qatar dan Amiriah Arab Bersatu dijangka antara 24 orang peserta yang menghadiri rundingan bersekutu anti IS di Paris.

Tumpuan utama rundingan ialah situasi di Iraq, yang mana IS telah merampas bandar Ramadi, dua minggu lalu dalam tamparan paling terbesar kepada pasukan bersekutu sejak ia mula mengebom kedudukan pejuang jihad pada Ogos lalu.

ARTIKEL YANG SAMA