Unilever akan beli Dollar Shave Club

Unilever akan beli Dollar Shave Club

THE HAGUE, Netherlands, 20 Julai – Syarikat gergasi produk pengguna, Unilever berkata ia telah bersetuju untuk membeli perniagaan dandanan lelaki berpangkalan di California, Dollar Shave Club pada jumlah yang tidak didedahkan.

Syarikat itu menjual pisau cukur dan produk kecantikan lain langsung kepada pelanggan menerusi laman webnya.

Unilever, yang sudah memiliki produk penjagaan peribadi termasuk Axe, Dove dan Pond’s berkata dalam satu kenyataan hari ini Dollar Shave Club telah ‘mengubah kategori pencukuran dengan jenama cara hidupnya’ dan telah mewujudkan keahlian sekitar 3.2 juta sejak ia ditubuhkan pada 2012. Syarikat itu mempunyai jualan sekitar AS$152 juta pada 2015.

Michael Dubin, pengasas dan CEO Dollar Shave Club, berkata “DSC amat gembira memiliki syarikat produk peng-guna yang progresif dan paling inovatif di dunia dalam sudut kami.” Dubin akan terus menjadi sebagai CEO selepas pengambilalihan itu. – AP