Unimas selidiki sagu

Unimas selidiki sagu

KUCHING, 11 April (Bernama) – Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan My Innovation Hub (MyInnoHub) Kementerian Pendidikan untuk bekerjasama bagi menjalankan penyelidikan mengenai sagu dan pembinaan jalan raya di atas tanah gambut.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unimas Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata MoU yang ditandatangani itu, akan menyaksikan kedua-dua pihak terus terlibat dengan projek yang melibatkan sagu dari peringkat huluan iaitu perladangan, penuaian dan pemprosesan, hinggalah ke peringkat hiliran iaitu pengeluaran glukosa, penyerap bunyi dan barangan lain.

“Unimas mengenal pasti sagu sebagai produk tempatan di Sarawak yang boleh dijadikan sumber makanan pada masa akan datang.

Ia sejenis tumbuhan yang tahan lasak, boleh tumbuh tanpa sebarang masalah dan sesuai dengan iklim khatulistiwa serta tanah di Sarawak.