UNISSA anjur Kejohanan Futsal Antara IPT

UNISSA anjur Kejohanan Futsal Antara IPT

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar semalam mengadakan Kejohanan Futsal Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kali Pertama Sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA Kali Ke-5 Tahun 2015M bertempat di Dewan Serbaguna Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Sebanyak tujuh pasukan telah beraksi pada kejohanan berkenan.

Pasukan Politeknik Brunei (A) menyandang juara dan diikuti tempat kedua disandang oleh Pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (A). Menduduki tempat ketiga dimenangi bersama oleh Pasukan UNISSA (A) dan UNISSA (B).

Hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kejohanan tersebut ialah Timbalan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA, Pengiran Dr. Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Kula.

Kejohanan tersebut antara lain bertujuan untuk memeriahkan sambutan Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA Kali Ke-5 Tahun 2015.

Selain itu ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar peringkat IPT untuk bergiat dalam aktiviti riadah/bersukan.

Dengan kejohanan ini juga dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar IPT.