UNISSA anjur majlis 3 dalam 1

UNISSA anjur majlis 3 dalam 1

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Penutup Tadarus dan Iftar Jama’i yang berlangsung di Auditorium UNISSA.

Antara objektif majlis ini adalah untuk menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar, staf akademik, pegawai dan kakitangan UNISSA di samping menyemarakkan lagi sambutan Ramadan di UNISSA.

Pada majlis itu, Pemangku Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad hadir selaku tetamu kehormat.

pg08_160629_g

Antara warga UNISSA yang menghadiri majlis tiga dalam satu itu.
Antara warga UNISSA yang menghadiri majlis tiga dalam satu itu.

Majlis turut dihadiri oleh para pegawai utama, dekan-dekan dan timbalan dekan, para pensyarah, kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Acara dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran, kemudian diteruskan dengan penyampaian derma kepada 18 orang anak yatim warga UNISSA. Kemudian acara diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Dr. Sohibuddin Laming sebelum disusuli dengan berbuka puasa dan solat fardu Maghrib berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA