UNISSA anjur Majlis Law Dinner

UNISSA anjur Majlis Law Dinner

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) malam tadi mengadakan Majlis Makan Malam Undang-undang atau ‘Law Dinner’ bertempat di Hotel Parkview, Jerudong.

Majlis bertemakan ‘the Elegant Black & White’ itu dihadiri 100 jemputan terdiri daripada peguam dari Pejabat Peguam Negara dan firma-firma guaman serta mahasiswa dan mahasiswi FSU tahun ketiga hingga tahun kelima, UNISSA.

Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli hari selaku tetamu kehormat dan dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Turut hadir Presiden Persatuan Undang-undang Brunei, Haji Mohamad Rozaiman bin Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

Dekan FSU, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin dalam ucapannya berkata, Majlis Makan Malam Undang-undang merupakan yang pertama kali diadakan sejak program dwi-ijazah ditawarkan pada tahun 2011.

Dr. Hajah Masnooraini ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu.
Dr. Hajah Masnooraini ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu.
Ketua Hakim Negara bergambar ramai bersama para jemputan Majlis Makan Malam Undang-undang anjuran UNISSA.
Ketua Hakim Negara bergambar ramai bersama para jemputan Majlis Makan Malam Undang-undang anjuran UNISSA.

Ia merupakan aktiviti wajib bagi para mahasiswa Program Dwi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dan Sarjana Muda Perundangan Syariah (BSL) bertujuan membina hubungan dan jaringan di antara mahasiswa UNISSA yang menjalani kursus undang-undang dengan pengamal undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

Di samping itu, ia juga bagi memberikan pendedahan kepada para mahasiswa untuk menerokai dunia guaman de-ngan interaksi secara berdepan (in-person) dengan individu-individu yang berpengalaman dalam bidang guaman sama ada Sivil mahupun Syariah.

“Dalam masa yang sama, menanamkan sifat keyakinan dalam diri mereka dalam berhadapan dengan pihak tertentu dan mengajar etika ketika berurusan dengan individu yang berkepentingan dalam bidang guaman.

“Dengan adanya majlis makan malam ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada para mahasiswa untuk menonjolkan diri dalam mencari peluang karier yang luas,” ujarnya lagi.

 

ARTIKEL YANG SAMA