UNISSA anjur wacana ilmu

UNISSA anjur wacana ilmu

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) hari ini mengadakan Wacana Ilmu iaitu salah satu wadah perbincangan ilmiah, bertempat di kampus UNISSA, Gadong.

Dua orang tenaga akademik PPIB membentangkan kertas kerja mereka hari ini iaitu Dr Shohibuddin Laming dengan kertas kerja beliau bertajuk “Integration of knowledge: Theoretical and practical according to Al-Kindi and its implementation in UNISSA.”

Manakala Dr Abu El Bashar Ali Adam membentangkan kertas kerja bertajuk “Towards designing a syllabus for teaching Arabic language skills as a means for knowledge integration in Islamic Universities in South East Asia: A theoretical framework.” Program Wacana Ilmu bertujuan untuk mendedahkan kepakaran dan keilmuan yang dimiliki oleh para tenaga akademik PPIB dalam membahaskan isu-isu semasa dan menjadi platform untuk berkongsi dan bertukar fikiran yang berbentuk ilmiah.

ARTIKEL YANG SAMA