UNISSA, DHIU meterai MoU

UNISSA, DHIU meterai MoU

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Islam Darul Huda (DHIU), Kerala, India hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama akademik antara kedua-duanya.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal manakala DHIU diwakili oleh Timbalan Canselornya, Dr. Bahaudden Muhammed Nadwi.

Kedua-dua universiti Islam ini berharap penandatangan MoU ini akan meningkatkan lagi kerjasama menaikkan kualiti umat Islam bukan sahaja dalam bidang ilmu pengetahuan Islam, malah dalam bidang ilmu-ilmu lain.

Ia juga merupakan satu pengiktirafan bahawa UNISSA sebanding dengan universiti-universiti Islam antarabangsa yang telah awal ditubuhkan.

Dr. Haji Norarfan dan Dr. Bahaudden bertukar-tukar MoU.
Dr. Haji Norarfan dan Dr. Bahaudden bertukar-tukar MoU.

Dr. Bahaudden yang berada di negara ini bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu ke-6 (ICON IMAD VI), meninjau peluang kerjasama strategik dalam pendidikan khususnya dalam bidang pengajian Islam.

Menurutnya, UNISSA mempunyai daya tarikan dan platform bagi kemajuan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penerbitan Islam.

Melalui pertemuan ini, ia dapat mempromosikan dialog produktif dalam kalangan ahli akademik mengenai isu-isu dunia Islam, tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA