UNISSA, KUIS meterai MoU

UNISSA, KUIS meterai MoU

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) semalam memeterai kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang akademik.

Perjanjian kerjasama yang berlangsung di Bilik Senat, UNISSA ditandatangani oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bagi pihak UNISSA, manakala Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan, Dr Syukri Abdul Rahman mewakili KUIS.

Dalam memorandum persefahaman itu, kedua-dua buah universiti bersetuju menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik dan program mobiliti pelajar/staf dalam bidang tertentu serta bidang-bidang lain yang boleh diperluaskan dari semasa ke semasa.

Dengan termeterainya MoU ini, pelbagai program kerjasama dalam bidang akademik akan dilaksanakan secara berkesan.

Kedua-dua pihak bertukar dokumen yang ditandatangani.
Kedua-dua pihak bertukar dokumen yang ditandatangani.

Di majlis itu juga, Dr Haji Norarfan dilantik sebagai Panel Penasihat Antarabangsa Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah daripada KUIS.

Majlis penandatangan juga diteruskan dengan perbincangan antara kedua-dua buah institusi pengajian tinggi itu selain bertukar-tukar pendapat mengenai perancangan yang akan dibuat.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Penolong Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad, pegawai-pegawai kanan UNISSA dan delegasi dari KUIS.

ARTIKEL YANG SAMA