UNISSA sertai...

UNISSA sertai Program Kepimpinan Global

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini, telah menyertai Program Kepimpinan Global kali ke-4 anjuran Persatuan Universiti-universiti Asia dan Pasifik (AUAP) bermula pada 18 hingga 20 Mei 2017 di Universiti Danubius, Galati, Romania.

Program yang mengumpulkan 25 mahasiswa-mahasiswi dari universiti ahli AUAP diisikan dengan bengkel dan kelas mengenai kepelbagaian budaya, teknologi maklumat, kepimpinan, keusahawanan dan media sosial serta Forum Berkongsi dan Belajar yang diadakan kali ke-15.

UNISSA telah diwakili oleh dua mahasiswa iaitu Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Awang Muhammad Syahirul Syafiq bin Rashid dan Naib Yang Di-Pertua MPP, Awang Mohammad Bahauddin bin Haji Abu Bakar.

Pelajar UNISSA menerima lencana AUAP dari rektor Universiti Danubius Romania.
Pelajar UNISSA menerima lencana AUAP dari rektor Universiti Danubius Romania.

UNISSA telah menjadi ahli AUAP pada tahun 2016. Pertubuhan ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan objektifnya menjadi platform utama untuk berinteraksi dan bekerjasama dalam kalangan universiti di Asia dan Pasifik dalam menggalakkan budaya kualiti dan inovasi dalam pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang lebih tinggi kepada masyarakat.

Selain itu, ia juga ditubuhkan bertujuan bagi mengekalkan dan meningkatkan nilai-nilai dan kepelbagaian budaya Asia Pasifik ke arah pemahaman yang lebih baik dan kerjasama untuk pembangunan sosio-ekonomi dan keamanan global.

ARTIKEL YANG SAMA