UNISSA terima kunjungan delegasi dari Indonesia

UNISSA terima kunjungan delegasi dari Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan kunjungan delegasi daripada Program Antarabangsa bagi Undang-undang dan Syariah (IPOLS), Fakultas Hukum, Universitas Muhammadiyah Yokyakarta (UMY), Indonesia, baru-baru ini.

Delegasi yang terdiri daripada tiga orang pensyarah dan 10 orang mahasiswa itu diketuai oleh Dekan Fakulti berkenaan, Dr. Trisno Raharjo.

Kunjungan IPOLS, UMY ini telah disambut oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, UNISSA, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin dan dihadiri juga oleh beberapa orang pensyarah UNISSA.

Delegasi IPOLS, UMY bergambar ramai bersama Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang UNISSA serta beberapa pensyarah UNISSA.
Delegasi IPOLS, UMY bergambar ramai bersama Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang UNISSA serta beberapa pensyarah UNISSA.

Menurut UNISSA, dalam kenyataan yang dikeluarkannya, rombongan telah berada di negara ini sejak 8 September hingga semalam untuk melihat lebih dekat tentang kehidupan masyarakat Brunei khususnya dalam menerokai program-program yang ada di UNISSA.

Antara tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan membincangkan jalinan kerjasama antara kedua-dua fakulti apatah lagi mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dan UMY telah sering menghadiri seminar atau forum undang-undang peringkat Asia Tenggara atau antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA