UNISSA terima kunjungan muhibah KUISAS

UNISSA terima kunjungan muhibah KUISAS

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada delegasi Usuluddin, Counselling and Communication Society (UCCS), Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), yang terdiri daripada 10 orang mahasiswa dan mahasiswi.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam KUISAS, Mohd Ikhwan bin Zolkapli itu dialu-alukan oleh Dekan Pelajar UNISSA, Awang Supri bin Haji Sudin, para pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Lawatan ini merupakan yang pertama kali semenjak termeterainya MoU di antara UNISSA dan KUISAS pada 17 Oktober lalu.

ARTIKEL YANG SAMA