UNISSA terima kunjungan USIM

UNISSA terima kunjungan USIM

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini, telah menerima kunjungan daripada rombongan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan universiti berkenaan, Dr Nadrah Md Yatim.

Rombongan empat mahasiswa dan enam mahasiswi itu dialu-alukan oleh Timbalan Dekan Pelajar UNISSA, Dayang Nurhafizatulhikmah binti Haji Serbini di Dewan Auditorium UNISSA.

Antara objektif lawatan USIM adalah untuk mengenali lebih lanjut mengenai Negara Brunei Darussalam dari segi budaya, tamadun, dan tutur bahasa, di samping itu juga sebagai cara bagi kedua-dua universiti untuk bertukar-tukar maklumat dan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Menurut kenyataan UNISSA, kunjungan tersebut merupakan satu lagi pengiktirafan institusi pengajian tinggi Islam terhadap UNISSA, meskipun UNISSA sebuah universiti Islam yang mempunyai kapasiti yang kecil berbanding dengan universiti luar namun dari segi kualitinya adalah sebanding malah akan terus dipertingkatkan lagi agar menjadi sebuah universiti antarabangsa.

Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA bergambar ramai bersama rombongan USIM.
Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA bergambar ramai bersama rombongan USIM.

USIM pula merupakan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang pernah memeterai penandatangan memorandum persefahaman (MoU) pada 2011 dan dilanjutkan lagi dengan perjanjian memorandum persetujuan (MoA) pada 2012.

Sehubungan itu, kunjungan ini adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti kerjasama yang dijalankan oleh kedua belah pihak. Dalam lawatan tersebut, pihak USIM menyampaikan ucapan balas dengan memberikan ucapan terima kasih atas penerimaan UNISSA dan berharap agar hubungan baik antara kedua-dua universiti akan terus terjalin.

Turut membantu dalam menyambut kunjungan rombongan ialah Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA.

ARTIKEL YANG SAMA