UNISSA terima sumbangan buku

UNISSA terima sumbangan buku

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Koleksi buku bermutu tinggi di Perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertambah apabila menerima sumbangan buku koleksi peribadi Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey.

Lebih 10 buah buku telah disumbangkan dan disampaikan sendiri oleh beliau kepada Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal pada majlis ringkas yang diadakan di UNISSA, hari ini.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad dan Pemangku Pendaftar UNISSA, Hajah Surianah binti Haji Alias.

Menurut kenyataan UNISSA, buku-buku berkenaan antaranya merupakan tulisan beliau sendiri di samping karya para duta Pakistan yang lain, dengan kesemua buku tersebut adalah mengenai fakta dan sejarah Republik Islam Pakistan.

Dr Haji Norarfan menerima sumbangan daripada Ahmed Ali Sirohey.
Dr Haji Norarfan menerima sumbangan daripada Ahmed Ali Sirohey.

Menurut Pemangku Pesuruhjaya, buku merupakan legasi yang akan dijadikan rujukan generasi akan datang, justeru itu, bagi beliau aktiviti sebegini sangat signifikan dalam memberikan sumber rujukan yang betul dan tepat mengenai sejarah negara beliau.

Di samping itu, ia juga dapat menyumbang kepada penambahan koleksi ilmiah bermutu tinggi di perpustakaan UNISSA yang pada kebiasaannya sukar didapati di premis buku biasa.

ARTIKEL YANG SAMA