UNISSA, UMM meterai MoU

UNISSA, UMM meterai MoU

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus mendapat sokongan padu dari institusi pengajian tinggi luar negara setelah termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Muhammadiyah Metro (UMM), Lampung, Republik Indonesia yang diadakan baru-baru ini.

Hadir menandatangani MoU bagi pihak UNISSA ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad, manakala bagi pihak UMM pula ialah rektor universiti berkenaan, Profesor Dr. Karwono, M.Pd.

Turut hadir menyaksikan ialah pegawai-pegawai utama UNISSA terdiri daripada dekan fakulti dan pengarah pusat serta seramai empat delegasi dari UMM.

Dengan termeterainya MoU ini, pelbagai program kerjasama dalam bidang akademik akan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Dr. Arman bertukar cenderahati bersama Profesor Dr. Karwono.
Dr. Arman bertukar cenderahati bersama Profesor Dr. Karwono.

Dalam perbincangan antara kedua-dua institusi tersebut, persetujuan telah dibuat untuk mengadakan jalinan kerjasama khususnya penyertaan dalam pembentangan kertas kerja seminar-seminar yang akan dianjurkan.

Begitu juga kolaborasi antara penglibatan ahli akademik kedua-dua institusi dalam penulisan artikel untuk jurnal keluaran masing-masing agar dapat dikongsi sama.

Pada kunjungan itu, pihak delegasi UMM amat mengagumi UNISSA atas komitmen yang telah diusahakan dalam membuat strategik perkembangan pengajian Islam dan amat berharap bahawa UNISSA akan menjadi sebuah universiti Islam yang terunggul di peringkat antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA