Unit Kaunseling anjur pameran kerjaya

Unit Kaunseling anjur pameran kerjaya

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 8 Mac – Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan hari ini menganjurkan pameran kerjaya bagi membantu dan mendedahkan pelajar tahun 11 tentang hala tuju mereka selepas menduduki Peperiksaan ‘O’ Level.

Peljar-pelajar ini didedahkan dengan pengajian lanjut di institusi-institusi tinggi dan peluang pekerjaan yang boleh mereka pohon berdasarkan kepada pencapaian akademik dan juga subjek yang mereka pilih.

Pameran kerjaya kali ketiga ini melibatkan sembilan buah agensi kerajaan dan bukan kerajaan, serta beberapa institusi pendidikan tinggi termasuk Instituti Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Politeknik Brunei (PB), Instituti Kejuruteraan dan Teknologi (IET), Allied Health Profession (AHSP), Kementerian Pendidikan, agensi beruniform seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Pegawai Kaunseling Pendidikan Kerjaya, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan, Dayang Siti Hajar binti Haji Kamis, berkata unit itu pada tahun ini telah mengadakan taklimat yang disampaikan oleh agensi-agensi yang terlibat serta pameran yang bertujuan untuk memberikan input mengenai maklumat terbaru dan terkini dari institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan.

Taklimat disasarkan kepada penuntut-penuntut Tahun 10 dan 11, Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong, ibu bapa dan lepasan sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA