Unit Kaunseling dan Kerjaya tidak ketinggalan sambut Israk Mikraj

Unit Kaunseling dan Kerjaya tidak ketinggalan sambut Israk Mikraj

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Bagi menerapkan nilai-nilai murni dan semangat bekerjasama dalam kalangan kaunselor senegara, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj di Masjid Ash-Shaliheen, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Pelajaran Kanan di Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Saili bin Haji Chuchu.

Acara utama majlis kendalian Jawatankuasa Kaunselor Kluster 3 ini ialah ceramah agama disampaikan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

Haji Saili (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Israk Mikraj itu.
Haji Saili (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Israk Mikraj itu.

Haji Mohd Khairul Nazif dalam ceramahnya menyentuh mengenai sembahyang yang sempurna, di mana beliau menyentuh daripada perkara wudhu, niat, mengangkat takbir dan beberapa pergerakan yang lain dilakukan ketika sembahyang yang sebetulnya mengikut Mazhab Imam Shafiee.

Selepas itu majlis menyaksikan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan dan juga wakil Masjid Ash-Shaliheen yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

Selain itu, majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan kaunselor sekolah dan para pegawai Unit Kaunseling dan Kerjaya.

ARTIKEL YANG SAMA