Unit mencari jodoh dicadangkan

Unit mencari jodoh dicadangkan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Isu jodoh turut dipersoalkan dalam persidangan hari kelapan Majlis Mesyuarat Negara, hari ini, apabila Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin mencadangkan Kementerian Hal Ehwal Ugama menubuhkan unit mencari jodoh kerana, menurutnya, pada masa ini kebanyakan wanita dan lelaki sukar mencari jodoh.

Yang Berhormat Haji Tahamit menjelaskan, pada zaman dahulu, urusan jodoh ditentukan oleh kedua orang tua dan pada masa itu terdapat banyak acara kekeluargaan seperti majlis perkahwinan dan lain-lain yang boleh dapat melihat dan mengenali seseorang itu daripada kerja bergotong-royong dan sebagainya.

Namun, perkara tersebut tidak lagi berlaku dalam masyarakat pada masa ini dan ini menyebabkan ramai yang kahwin lewat dan dikhuatiri masa kesuburan untuk melahirkan anak yang berkualiti akan terjejas terutama bagi perempuan yang sudah pun meningkat umur, ujarnya.

pg04_160316_a

Dengan memperkenalkan Unit Mencari Jodoh di bawah Kementerian itu nanti, tambah beliau, ia diharap akan dapat membantu mereka yang bujang untuk mencari pasangan mereka.

Dalam hal tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka

Haji Awang Othman (gambar) menekankan bahawa kementerian tidak perlu mengambil tahu dan tidak terlalu formal dengan mengambil hal-hal peribadi seseorang.

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, perhubungan seseorang itu adalah lebih baik berjalan secara natural kerana melihat keadaan masa kini, perhubungan lelaki dan perempuan itu mudah akses sesama mereka iaitu bersifat terbuka.

ARTIKEL YANG SAMA