Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait rai Lebaran

Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait rai Lebaran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 29 Julai – Lebih 50 orang pegawai dan kakitangan Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait memeriahkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Stesen Pertanian Sungai Liang, di sini, hari ini.

Ia merupakan salah satu program tahunan unit tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangannya, di samping meningkatkan lagi semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan kakitangannya.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ketua Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait, Awang Mat Rusli bn Haji Abu Bakar.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan, untuk sama-sama memeriahkan suasana Hari Raya dengan mengekalkan konsep semangat berpasukan, pertandingan menghias pejabat bersempena sambutan Hari Raya telah diadakan di tiga pejabat unit berkenaan di Labi, Sungai Liang dan ibu pejabat di Kuala Belait.

Memenangi pertandingan tersebut ialah Ibu Pejabat Kuala Belait dan Kuarantin, manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Pejabat Labi dan Pejabat Sungai Liang di tempat ketiga. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

Gambar ramai pegawai dan kakitangan Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait semasa majlis sam-butan Hari Raya tersebut yang diadakan di Stesen Pertanian Sungai Liang.
Gambar ramai pegawai dan kakitangan Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait semasa majlis sam-butan Hari Raya tersebut yang diadakan di Stesen Pertanian Sungai Liang.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian cenderahati kenangan kepada seorang kakitangan yang hendak bersara tahun ini, iaitu Hajah Apsah binti Haji Montil. Turut diadakan, penyampaian cenderahati kenangan kepada penuntut-penuntut Institut Pendidikan Teknologi Brunei (IBTE) yang menamatkan latihan penempatan industri di Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait antaranya dari Kampus Jefri Bolkiah, dan kampus Agro-Teknologi.

Menambah meriahkan lagi suasana majlis ialah cabutan bertuah dan menjamu pelbagai jenis hidangan sambil ramah mesra.

Majlis telah diakhiri dengan merakamkan gambar kenang-kenangan kesemua pegawai dan kakitangan yang hadir di majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA