United akan kembali lebih kuat

United akan kembali lebih kuat

MANCHESTER, 5 Okt (Reuters) – Michael Carrick bersetuju dengan penilaian pengurus Louis van Gaal mengenai prestasi Manchester United pada kekalahan 3-0 ke atas Arsenal kelmarin, namun berkeras pasukan itu akan kembali lebih kuat selepas rehat antarabangsa.

Pasukan Gunners membelasah United pada 20 minit awal di stadium Emirates, naik ke tangga kedua Liga Perdana, di atas United dengan hanya perbezaan gol, hasil daripada jaringan Alexis Sanchez.

Kemenangan tersebut merupakan yang pertama ke atas United pada saingan liga sejak Mei 2011 dan kemenangan terbesar liga ke atas lawan mereka itu sejak 17 tahun.

Van Gaal mengakui dia terkejut dengan penyerahan diri itu, mengkritik pasukannya membenarkan Santi Cazorla dan Ozil bergerak bebas mendominasi perlawanan di separuh masa pertama.

“Masalah-masalah itu tidak bermula di bahagian belakang, ia bermula di bahagian tengah. Pemain-pemain tengah, terutama Cazorla dan Ozil, mempunyai ruang yang besar dan mereka mempunyai kualiti untuk menguasainya,” pengurus dari Belanda itu berkata.

Pengurus pasukan Manchester United percaya pasukannya akan kembali dengan lebih kuat. – AFP
Pengurus pasukan Manchester United percaya pasukannya akan kembali dengan lebih kuat. – AFP

“Kami kalah setiap pertarungan, setiap bola kedua. Kami tidak begitu ketat pada pemain tengah mereka, dan mereka boleh bermain kerana mereka adalah pasukan yang hebat.”

Pemain kebangsaan England Carrick, yang digandingkan bersama Bastian Schweinsteiger di bahagian tengah, juga mengakui prestasi mereka tidak cukup bagus.

“Kami terlalu memberikan mereka banyak ruang dan mereka bermain dengan baik dan ia berhasil bagi mereka,” katanya, dipetik dari laman sesawang kelab (www.manutd.com). “Kami melakukan terlalu banyak kesilapan… Ia sememangnya hari yang amat teruk.

“Ia satu tamparan, namun kami kekal berada di atas, terima apa sahaja kritikan yang mendatang dan kembali semula dengan kuat.

“Kali terakhir rehat antarabangsa adalah selepas menentang Swansea, jadi kami hanya perlu maju ke depan, bermula semula dengan kuat,” pemain berusia 34 tahun itu menambah.

United akan mengunjungi Everton apabila Liga Perdana disambung semula pada 17 Oktober, sementara Arsenal akan bertandang kepada pendatang baru Liga Perdana Watford.

ARTIKEL YANG SAMA