United bakal bangkit

United bakal bangkit

MANCHESTER, 17 Mac (Reuters) – Ander Herrera memberi amaran kepada Liverpool bahawa permukaan padang di Old Trafford juga bakal memberi kelebihan kepada Manchester United ketika anak buah Louis Van Gaal itu bersedia mencipta kebangkitan di Liga Europa untuk menyingkirkan seteru mereka itu.

Skuad The Red Devils perlu bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk layak ke suku akhir selepas aksi buruk pada perlawanan timbal balik pertama di Anfield, minggu lalu.

United pernah bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk merakam kemenangan 3-2 secara agregat di Eropah – menentang Barcelona pada 1984 dan Olympiakos dua tahun lalu – dan pemain tengah Sepanyol itu menegaskan rakan sepasukannya yakin mereka mampu menundukkan Liverpool pada aksi awal pagi nanti.

“Aksi esok (awal pagi nanti) akan berbeza berbanding aksi pertama. Old Trafford begitu berbeza kerana padangnya lebih besar dan rumputnya lebih bagus.

United memenangi empat daripada lima aksi menentang The Reds di bawah kendalian Van Gaal dan Herrera optimis dominasi pasukannya di laman sendiri bakal membawa kelebihan kepada mereka.

Van Gaal dan Ander ketika menghadiri sidang media di Old Trafford. Ander memberi amaran kepada Liverpool ketika pasukannya sudah bersedia mencipta kebangkitan di Liga Europa untuk menyingkirkan seteru mereka itu. – Reuters
Van Gaal dan Ander ketika menghadiri sidang media di Old Trafford. Ander memberi amaran kepada Liverpool ketika pasukannya sudah bersedia mencipta kebangkitan di Liga Europa untuk menyingkirkan seteru mereka itu. – Reuters

“Sejak saya berada di sini, kami bertemu lima kali dan menang empat perlawanan dengan dua aksi dimenangi di laman sendiri.

“Namun kami pasukan yang lebih bagus dan rasa lebih kuat apabila beraksi di laman sendiri kerana kami ada penyokong yang lebih ramai dan yang terbaik di England.

Sementara itu, Pemain penyerang Sergio Aguero mengakui gelaran Liga Perdana terlepas dari genggaman Manchester City dan menggesa rakan sepasukannya untuk mengekalkan Manchester United di bawah dalam perebutan bagi kelayakan Liga Juara–Juara menjelang pertemuan penting pada Ahad ini.

City berada di tangga keempat liga, dua anak tangga dan empat mata di atas United, tetapi mengekori pendahulu Leicester City dengan 12 mata, walaupun mereka beraksi kekurangan satu perlawanan berbanding pasukan kendalian Claudio Ranieri.

“Kami perlu memenangi perlawanan, lebih banyak lagi kerana gelaran tercicir lebih jauh dan kami perlu memastikan kami menguasai tangga keempat,” Aguero memberitahu media British.

“Kami mahu gelaran tetapi kami perlu mengambil kira United berada di belakang kami dan ia adalah satu perlawanan sukar. Kami perlu beraksi dengan kuat.”

Perlawanan itu mungkin bukanlah pertemuan bagi menentukan gelaran yang dinikmati oleh penyokong pada musim lebih awal, tetapi kekalahan sudah pasti mengecewakan.

City boleh menghancurkan peluang–peluang United bagi kelayakan Liga Juara–Juara dengan kemenangan di laman sendiri, sementara kekalahan hampir pasti menamatkan harapan mereka untuk memenangi gelaran.

“Pada satu kedudukan United adalah besar,” kata Aguero. “City melabur banyak wang untuk membawa masuk pemain berkualiti, dan ia memiliki tahap tersebut.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di United, saya menumpukan ke atas City dan pada Ahad lalu. Kami memikirkan mengenai kemenangan dan tidak ada yang lain.”