United belum kemuka sebarang tawaran

United belum kemuka sebarang tawaran

LONDON, 18 Mei (Agensi) – Meskipun media antarabangsa menyatakan peledak prolifik Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic (gambar) semakin hampir untuk beraksi bersama Manchester United pada saingan Liga Perdana England musim depan, namun hakikat sebaliknya berlaku.

Ejen Ibrahimovic, Mino Raiola menolak khabar angin tersebut selepas mendakwa The Red Devils masih belum menawarkan sebarang kontrak kepada penyerang Sweden itu yang akan melakukan penampilan terakhir bersama PSG dalam perlawanan final Piala Perancis menentang Marseille, Sabtu ini.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan United memberi tawaran kontrak lumayan selama setahun kepada penyerang Sweden itu ke Old Trafford.

Ibrahimovic akan meninggalkan Perancis musim panas ini selepas pasukan tersebut berjaya merangkul gelaran juara Ligue 1 buat kali keempat berturut-turut.

pg20_160519_c

“Dalam dunia ini kita terpaksa menerima sebarang khabar angin dan berita tersebut tidaklah selalunya tepat. Kita akan tunggu dan lihat apa yang akan terjadi selepas ini,” kata Riola.

Selain itu, Ibrahimovic juga dikatakan turut menerima tawaran untuk beraksi di Amerika Syarikat dengan menyertai salah satu pasukan yang beraksi di Liga Bola Sepak Utama (MLS) di sana.

“Saya tahu apa yang perlu dilakukan tahun depan tetapi kamu perlu tunggu kejutan yang saya akan lakukan nanti,” jelas Ibrahimovic selepas meraikan kemenangan bersama PSG selepas merangkul gelaran juara Ligue 1.

ARTIKEL YANG SAMA