United benam Arsenal 3-2

United benam Arsenal 3-2

MANCHESTER, 29 Feb (Reuters) – Dua jaringan Marcus Rashford membantu Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 mengatasi Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Jaringan peribadi daripada Marcus Rashford itu juga memberikan kelebihan buat Manchester United apabila mendahului 2-1 selepas berakhir separuh masa pertama saingan Liga Perdana Inggeris tersebut.

Pemain berusia 18 tahun itu menyerlah dalam tempoh lebih 30 minit awal permainan apabila bijak membaca hantaran rakan sepasukan untuk disudahkan dengan sempurna ke gawang Arsenal.

Beliau menjaringkan gol pertama United apabila tenang menyambar hantaran lintang dari sebelah kanan pada minit ke-28.

Selang tiga minit kemudian dia menyumbat gol peribadi kedua menerusi tandukan selepas menerima hantaran Jesse Lingard pada minit ke-31.

Aksi cemerlang Marcus ketika menjaringkan gol kedua sekali gus membantu Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 mengatasi Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. – Reuters
Aksi cemerlang Marcus ketika menjaringkan gol kedua sekali gus membantu Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 mengatasi Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. – Reuters

“Ini adalah permainan pertama saya dalam Liga Perdana Inggeris dan ia begitu jelas sangat menakjubkan, dan menjaringkan dua gol adalah satu bonus. Jadi semoga kami dapat meneruskan lagi bagi peringkat perlawanan yang seterusnya,” Rashford memberitahu Sky Sports.

Danny Welback bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-39 apabila menanduk masuk hasil hantaran daripada sepakan percuma Mesut Ozil.

Ander Herrera menjaringkan gol ketiga United selepas sepakannya hasil hantaran Rashford terkena Koscielny dan menerjah gawang pada minit ke-64 sebelum Ozil menjaringkan gol kedua Arsenal empat minit kemudian selepas keadaan kelam kabut di depan gawang United.

Arsenal yang tertekan berusaha mencari gol penyamaan, namun tidak kesampaian untuk kedudukan muktamad Manchester United 3 Arsenal 2.

ARTIKEL YANG SAMA