United benam harapan City

United benam harapan City

MANCHESTER, 21 Mac (Reuters) – Marcus Rashford membuktikan dia pemain penting buat Manchester United untuk perlawanan yang besar.

Penyerang berusia 18 tahun itu kini sudah merekodkan lima gol apabila meledak gol kemenangan bagi membantu The Red Devils menewaskan musuh setempat, Manchester City 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan penting ketika menentang FC Midtjylland dalam saingan Liga Europa dan Arsenal dalam saingan

Liga Perdana Inggeris, Rashford memastikan penampilan pertamanya dalam aksi jiran tetangga cukup bermakna buat dirinya apabila meledak gol pada minit ke-16 menerusi gerakan pantasnya untuk mengatasi tonggak pertahanan City, Martin Demichelis.

Aksi Rasford dalam perlawanan menentang Manchester City di Stadium Etihad. Beliau merekodkan lima gol apabila meledak gol kemenangan bagi membantu The Red Devils menewaskan Manchester City 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Aksi Rasford dalam perlawanan menentang Manchester City di Stadium Etihad. Beliau merekodkan lima gol apabila meledak gol kemenangan bagi membantu The Red Devils menewaskan Manchester City 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kepantasan Rashford jelas tidak dapat ditandingi Demichelis, 35, yang kemudiannya digantikan pada minit ke-53.

City yang hanya mencatat satu kemenangan dalam enam perlawanan terakhir liga kekal di tangga keempat tetapi sekadar berkelebihan satu mata ke atas United dan West Ham United.

“Rashford sangat laju dan Demichelis dilihat semakin dimamah usia,” kata pengurus United, Louis van Gaal mengulas mengenai tonggak pertahanan yang pernah digunakannya ketika melatih Bayern Munich.

ARTIKEL YANG SAMA