United benam Shrewbury

United benam Shrewbury

SHREWSBURY (United Kingdom), 23 Feb (AFP) – Manchester United menempah tiket ke pusingan suku akhir Piala FA menewaskan Shrewbury 3-0 dengan keputusan itu sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan ke atas Louis van Gaal.

Chris Smalling, Juan Mata dan Jesse Lingard menjaringkan gol bagi membantu United merangkul kejayaan menewaskan pasukan divisyen tiga untuk menempatkan diri dalam suku akhir menentang West Ham United di Old Trafford.

Susulan spekulasi yang mengatakan kekalahan memalukan bakal menjadi penyebab Van Gaal dipecat, pengurus United itu lega melihat pasukannya mudah melepasi perlawanan itu untuk ke pusingan seterusnya.

United ditewaskan Sunderland dan kemudiannya FC Midtjylland dalam dua perlawanan terakhir mereka, mengambil masa minit ke-37 untuk membuat jaringan pembukaan, tetapi jaringan pembukaan Smalling mengubah keputusan perlawanan.

“Saya sangat gembira. Kami bermain dengan hebat dalam 70 minit, dengan cara profesional, mencipta peluang dan menjaringkan gol,” kata Van Gaal kepada BT Sport.

Aksi Smalling ketika menjaringkan gol pertama bagi Manchester United dalam perlawanan menentang Shrewsbury Town. Manchester United menempah tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya membenam Shrewbury 3-0. – Reuters
Aksi Smalling ketika menjaringkan gol pertama bagi Manchester United dalam perlawanan menentang Shrewsbury Town. Manchester United menempah tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya membenam Shrewbury 3-0. – Reuters

“Semua orang berkata Manchester United perlu menang menentang Shrewsbury Town, tetapi bagi pemain ia adalah hebat kerana kami berada di suku akhir Piala FA.”

Seperti yang dijangka, United mendominasi penguasaan bola pada peringkat awal dan mereka sepatutnya mendahului gol daripada sepakan sudut dengan permainan baru bermula dua minit.

Daley Blind daripada sudut kiri menghantar bola kepada Smalling, namun kapten sementara United itu tersasar melakukan tandukan dan melepasi atas gawang.

Memphis Depay kemudian melakukan dua cubaan sendiri daripada kiri gol daripada jarak 23 meter namun kedua-duanya tersasar ke arah penyokong Shrewsbery yang kemudian mengundang sorakan penonton tuan rumah.

ARTIKEL YANG SAMA