United benam West Bromwich 2-0

United benam West Bromwich 2-0

MANCHESTER, 8 Nov (Agensi) – Manchester United kini hanya ketinggalan satu mata kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan West Bromwich Albion, 2-0 di laman sendiri semalam.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Louis van Gaal menghimpun 24 mata berbanding 25 mata dimiliki oleh Manchester City, Arsenal dan Leicester City.

Terdahulu, United dan West Brom buntu untuk menjaringkan gol pada separuh pertama.

Tuan rumah mendahului pelawat pada minit ke-52 menerusi Jesse Lingard, yang juga jaringan pertamanya dalam pasukan utama.

Pemain Manchester United, Juan Mata (tengah) merembat masuk gol melepasi penjaga gawang West Bromwich Albion, Boaz Myhill (kiri) pada perlawanan di Stadium Old Trafford, Manchester, England pada 7 November 2015. – Agensi

Pemain gantian West Brom, Saido Berahino mendapat peluang terbaik pada minit ke-76, namun tandukannya terkena palang.

Selepas itu, Anthony Martial berjaya mendapatkan sepakan penalti untuk United selepas dijatuhkan oleh Gareth McAuley pada minit akhir perlawanan.

Pertahanan West Brom itu kemudian dibuang padang sebelum Juan Mata menjaringkan gol kedua untuk pasukannya bagi keputusan muktamad 2-0.