United beraksi baik – Mourinho

United beraksi baik – Mourinho

MANCHESTER, United Kingdom, 3 Okt – Jose Mourinho (gambar) menegaskan Manchester United telah beraksi sebaiknya musim ini dan hampir menjaringkan tujuh gol ke atas Stoke City selepas keputusan perlawanan mereka seri 1-1 semalam.

Jaringan pertama menerusi pemain gantian Anthony Martial musim ini dibatalkan lapan minit sebelum tamat menerusi jaringan Joe Allen berikutan kesilapan dari David de Gea.

Tetapi Mourinho enggan untuk merasa kritikal terhadap penjaga gol atau pemain penyerang, yang terlepas banyak peluang.

“Ia mudah. Ia adalah persembahan terbaik musim ini,’ kata Mourinho yang pasukannya menewaskan juara Leicester 4-1 pada hujung minggu sebelumnya.

“Tiga atau empat tanpa balas pada separuh masa pertama, enam atau tujuh pada akhir perlawanan…tetapi keputusan adalah 1-1.

“Ia adalah bola sepak. Mereka tidak layak tetapi, saya ulangi, ia adalah persembahan yang lebih baik berbanding menentang Leicester.

“Menentang Leicester, keputusan menjadikan lebih berbanding persembahan, tambah pengurus Portugese itu. Hari ini, ia adalah bertentangan.

“Ia adalah persembahan terbaik kami setakat ini. Kami memiliki enam, tujuh, lapan peluang yang hebat untuk memenangi perlawanan.”

Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba, sekurang–kurangnya dua kedudukan, mensia-siakan peluang bagi United sementara penjaga gol Stoke, Lee Grant, yang dalam pinjaman dari Derby County dan membuat kemunculan keduanya dalam Liga Perdana pada usia 33, adalah pemain terbaik dalam perlawanan itu.

“Pada minit pertama, penjaga gol mereka melakukan penyelamat yang luar biasa,’ kata Mourinho. Dan dia terus melakukannya sehingga pada babak akhir perlawanan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA