United berpesta gol benam Midtjylland

United berpesta gol benam Midtjylland

MANCHESTER, 26 Feb (Reuters) – Bintang muda, Marcus Rashford meledak dua daripada empat gol di babak kedua buat Manchester United pada pada penampilan pertamanya sebagai pemain profesional ketika skuad itu menang 5-1 ke atas FC Midtjylland, semalam.

Kemenangan itu sekali gus mengelak pasukan gergasi Inggeris itu dimalukan di gelanggang sendiri dan mara ke peringkat 16 terakhir dengan agregat 6-3.

Rashford dari akademi tempatan berusia 18 tahun hanya mendapat tahu dia berada dalam kesebelasan utama beberapa minit sebelum sepak mula selepas Anthony Martial mengalami kecederaan hamstring kanan pada sesi pemanas badan.

Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mencabar Rashford untuk menunjukkan permainan konsisten kerjayanya di Manchester United.

“Saya sudah berkata banyak kali, ia luar biasa baginya, tetapi anda perlu konsisten,” kata pengurus United itu.

Marcus meraikan kejayaan selepas menjaring gol keduanya pada perlawanan Manchester United menentang FC Midtjylland. – Reuters
Marcus meraikan kejayaan selepas menjaring gol keduanya pada perlawanan Manchester United menentang FC Midtjylland. – Reuters

“Kami melihat pemain penyerang yang konsisten dan tidak terdapat banyak di bumi, tetapi dia memberikan persembahan yang menarik.

“Saya tidak mempunyai pilihan lain, jadi ia adalah mudah. Dia berada di sana di bangku simpanan kerana dia pemain simpanan bagi Martial.

Dia menyelamatkan United selepas Midtjylland mendahului 2-1 hasil kemenangan pada perlawanan pertama selain mendahului di Old Trafford pada minit ke-27.

Selepas United menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri pemain lawan, Rashford menjaringkan gol pada minit ke-63 dan 75 untuk meletakkan pasukannya di hadapan berdasarkan agregat.

Ander Herrera dan Memphis Depay menambah gol pada lewat permainan untuk mengesahkan lagi kemenangan United dengan penuh bergaya ke atas pasukan kurang dikenali dari Denmark itu.