United berwaspada, Bravo curi tumpuan

United berwaspada, Bravo curi tumpuan

LONDON, 26 Ogos – Juan Mata memberi amaran kepada Manchester United untuk tidak memandang rendah kemampuan Hull menjelang kunjungan mereka ke laman lawan, Ahad ini tatkala kelibat Claudio Bravo pasti mencuri tumpuan sekiranya Manchester City menurunkan penjaga gol itu ketika bertemu West Ham.

Memasuki minggu ketiga dalam jadual Liga Perdana, tidak terlalu banyak yang boleh dijangkakan mengenai tiga daripada empat pasukan yang memiliki rekod 100 peratus itu.

Pendahulu City, yang digarap semula pengurus baharu Pep Guardiola dan penghuni tangga kedua United, pantas menunjukkan pembaharuan yang di

bawakan Jose Mourinho bagi mengejar gelaran manakala Chelsea yang berada di tangga keempat pula bangkit di bawah kendalian Antonio Conte.

Gambar fail bertarikh 19 Ogos 2016 menunjukkan Zlatan Ibrahiovic (kanan) dan Paul Pogba semasa perlawanan Liga Inggeris antara Manchester United dan Southampton di Stadium Old Trafford, Manchester, England. – AP
Gambar fail bertarikh 19 Ogos 2016 menunjukkan Zlatan Ibrahiovic (kanan) dan Paul Pogba semasa perlawanan Liga Inggeris antara Manchester United dan Southampton di Stadium Old Trafford, Manchester, England. – AP

Namun terdapat pasukan yang sama sekali tidak dijangka seperti Hull berada di tangga ketiga carta dengan pertembungan bersama anak buah Mourinho di Stadium KCOM pasti menjadi detik yang dinanti-nantikan.

“Kami bakal berdepan perlawanan yang sengit di Hull. Mereka kembali dalam saingan Liga Perdana tahun ini dan memiliki permulaan yang mengejutkan. Kami akan cuba untuk menang dan meneruskan rentak baik kami,” kata Mata. – AFP