United, Citizen kuasa bola sepak Manchester

United, Citizen kuasa bola sepak Manchester

MANCHESTER, United Kingdom, 9 Sept – Dengan persaingan Pep Guardiola bersama Jose Mourinho bermula sekali lagi bersama pemain bintang dan plot sampingan tuan rumah, perlawanan Manchester esok mungkin adalah pertemuan kelab Liga Perdana yang paling menarik hujung minggu ini.

Kedua-dua kelab itu bersaing sejak sekitar 2010, dua tahun selepas Manchester City diambil alih oleh Abu Dhabi United Group, tetapi tidak pernah memonopoli perhatian.

Keduanya meningkatkan kedudukan mereka dengan pembelian pemain yang memerlukan belanja besar, masing-masing memenangi tiga perlawanan pertama dan keduanya menyaksikan persaingan esok sebagai peluang untuk menguasai awal gelaran Liga Perdana.

“Kita boleh merasakan jangkaan seluruh bandar daripada penyokong kami,” kata pemain sayap City, dari Jerman, Leroy Sane.

“Saya telah beraksi dalam beberapa perlawanan penting di Jerman, tetapi ini seharusnya menjadi perlawanan hebat dan yang saya nantikan terutama kerana Pep Guardiola akan menentang Jose Mourinho.

Guardiola dan Mourinho bakal memperbaharui permusuhan dalam aksi Manchester yang mungkin menjadi pertemuan Liga Perdana paling menarik hujung minggu ini. – AFP
Guardiola dan Mourinho bakal memperbaharui permusuhan dalam aksi Manchester yang mungkin menjadi pertemuan Liga Perdana paling menarik hujung minggu ini. – AFP

pg20_160910_c

Aksi pemain termahal dunia ini pasti ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak. – AFP
Aksi pemain termahal dunia ini pasti ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak. – AFP

“Ia pasti menarik dan saya berharap saya boleh memainkan sebahagian kedudukan dan membantu kami membawa tiga mata.”

Trofi Liga Perdana berada empat tahun berturut-turut di Manchester antara 2011 dan 2014, di mana Manchester United memenanginya pada 2011 dan 2013 dan City pada 2012 dan 2014.

Tetapi kedua-dua kelab Manchester itu tidak dapat menyamai kedudukan Chelsea pada 2015 dan keluar dari peta gelaran musim lalu sehingga mencetuskan perubahan pengurusan bagi kedua-dua pasukan.

Guardiola dan Mourinho adalah dua daripada tiga pengurus yang menerima bayaran terbaik dalam dunia bola sepak bersama Carlo Ancelotti, pengganti Guardiola di Bayern Munich.

Kedua-duanya telah merombak skuad mereka dengan bergaya dan bersedia bertempur untuk menjulang gelaran musim ini.

perdanaKali ini ada lima pemain City boleh mendapatkan pengalaman pertama dalam pertembungan tetangga mereka pada masa yang sama seperti Guardiola.

Antaranya, Sane dan Ilkay Gundogan yang kini cukup cergas manakala penjaga gol Claudio Bravo boleh membuat penampilan pertama sejak tiba dari Barcelona untuk menggantikan Joe Hart yang menyertai Torino secara pinjaman.

Kapten Vincent Kompany dan bek kanan Bacary Sagna juga boleh digunakan oleh Guardiola selepas masing-masing pulih daripada kecederaan pangkal paha dan hamstring.

Namun pengurus Manchester City tersebut akan melangkah ke pertemuan pertama dengan bekas musuh Real Madrid Mourino sejak 2013 tanpa Sergio Aguero.

Bintang Argentina itu yang menjaringkan lapan gol dalam pertembungan Manchester, digantung selepas menyiku pemain West Ham United Winston Reid, sekali gus boleh memberikan penyerang remaja Nigeria Kelechi Iheanacho penampilan pertama.

United selaku tuan rumah dijangka akan menawarkan pengalaman pertama pertembungan tetangga Manchester kepada Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan pemain termahal dunia Paul Pogba.

Ia akan menjadi ujian besar pertama Pogba sejak kembali dengan 89 juta pound dari Juventus, manakala Ibrahimovic pula akan menikmati permainan dengan menentang Guardiola lagi.

Mereka bertempur ketika penyerang Sweden itu bersama Barcelona, di mana Ibrahimovic menggambarkan Guardiola sebagai ‘pengecut’ dalam autobiografinya.

Bek kiri Luke Shaw dan midfield Marouane Fellaini akan diturunkan walaupun mendapat kecederaan semasa menggalas tugasan antarabangsa.

Bagaimanapun, Henrikh Mkhitaryan, seorang lagi rekrut berprofil tinggi, diragui kecergasannya kerana masalah paha.

Nilai gabungan dua kesebelasan utama itu dijangka sekitar 600 juta pound, tetapi pemain yang berlegar dalam fikiran penyokong United sebelum perlawanan ini tidak bernilai walau sesen pun.

Marcus Rashford yang terlibat dalam pertembungan tetangga Manchester baru-baru ini memberikan United kemenangan 1-0 di Stadium Etihad pada Mac dan bangkit dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan di Hull City pada perlawanan terakhir mereka.

Selepas mencatatkan hatrik pada penampilan pertama B-21 England menentang Norway pada pertengahan minggu lau, graduan akademi berusia 18 tahun itu mara dengan alasan kukuh untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Mourinho.

“Marcus akan mendapat peluang dalam kesebelasan utama kerana dia bagus,” ketua jurulatih di akademi United, Nicky Butt memberitahu The Times.

“Lee Sharpe adalah pemain remaja terbaik di negara ini tetapi anda tidak dapat menahan dia dengan lebih lama.

“Jika Marcus terus melakukan apa yang dia lakukan dengan tenang dan kelangsungan, mustahil untuk menghalangnya.” – AFP