United cuba ‘halau’ Wolves

United cuba ‘halau’ Wolves

MANCHESTER, United Kingdom, 29 Sept (AFP) – Manchester United yang kembali ke puncak Liga Perdana akan berusaha untuk mengukuhkan kempen Liga Juara–Juara apabila menjadi tuan rumah kepada Wolfsburg di Old Trafford esok.

Secara domestik, United membuat permulaan perlahan musim ini tetapi ketibaan Anthony Martial pada hari terakhir dilihat memberikan inspirasi kepada pasukan Louis van Gaal yang mencatatkan empat kemenangan berturut–turut dengan tiga jaringan menentang Liverpool, Southampton, Ipswich Town, dalam Piala Liga dan Sunderland.

Kemenangan ke atas Sunderland Sabtu lalu membawa United ke tangga teratas liga buat kali pertama sejak 2013, tetapi memulakan Liga Juara–Juara dengan kekalahan 2-1 di PSV Eindhoven – perlawanan yang dicemari kekasaran ke atas Luke Shaw – mereka berada di bawah tekanan untuk memenangi perlawanan di tempat sendiri.

“Saya memikirkan bagaimana perlawanan lain berjalan. Tewas 2-1 kepada PSV, kami tahu perlawanan di laman sendiri dalam Liga Juara–Juara adalah penting untuk mara dalam kumpulan,” kata pertahanan United, Chris Smalling. “Kami berharap boleh mengekalkan peminat gembira dan mendapatkan mata penuh.”

Martial inspirasi United untuk empat kemenangan berturut–turut. – Reuters
Martial inspirasi United untuk empat kemenangan berturut–turut. – Reuters

Martial, 19, pantas menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris berbanding pemain lain, menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan pertama dan langkah pertahanannya juga memberikan manfaat tiga pemain yang berada di belakangnya.

Wayne Rooney dan Memphis Depay menjaringkan gol liga pertama musim ini semasa menentang Sunderland – bekas penjaring itu menamatkan kemarau 11 perlawanan- – sementara Juan Mata berada di sudut kanan, menghasilkan tiga gol dan tiga bantuan jaringan dalam tujuh perlawanan lalu.

Kecederaan Shaw memaksa Van Gaal untuk menyusun semula pertahanan, dan dengan Marcos Rojo direhatkan kerana kecederaan hamstring, Matteo Darmian ditukar ke pertahanan sebelah kiri menentang Sunderland.

“Saya tidak bernasib baik kerana hanya memiliki satu posisi yang tidak berganda dan itulah posisi Luke Shaw,” kata Van Gaal.

ARTIKEL YANG SAMA